Orang kata hidup dalam zaman ni kalau tak berhutang, kiranya tak sah. Tak kisahlah apa hutang sekalipun. Ada juga yang berhutang sehingga sanggup meminjam dari along dan sebagainya. Akibatnya kaum keluarga menjadi mangsa, sama ada diganggu ataupun dibunuh
Orang kata tidak mustahil kerana wang kita sanggup berbunuhan antara satu sama lain, dan kerana wang juga kita sanggup melakukan apa saja, meskipun ia melanggar batas-batas kemanusiaan.
Adakah jalan keluar untuk kemelut yang dihadapi ? Bagaimana kita nak meloloskan diri dari beban hutang yang dihadapi. Saya kongsikan cerita dan petua ini.
“Aku tidak melihatmu di masjid semalam,” Rasulullah s.a.w. menegur Sayidina Muaz Bin Jabal r.a, sesesai berjemaah Zuhur.
“Maafkan aku, wahai Rasulullah. Aku tidak berpeluang untuk menunaikan solat Jumaat semalam. Semasa dalam perjalanan ke masjid, aku telah dihalangi oleh seorang kaum Yahudi. Aku dikurung dirumahnya dan tidak dibenarkan ke mana-mana,” jawab Sayidina Muaz dengan panjang lebarnya.
“Kenapa?”
“Aku telah banyak berhutang kepadanya,” akui Sayidina Muaz terusterang. “Sehinggalah aku merayu dan berjanji akan menjelaskan hutang-hutangnya apabila beroleh wang nanti, barulah aku dilepaskan,”
Rasul tersenyum sambil menepuk-nepuk bahu Saydina Muaz berkata, ” Aku ajarkan kepadamu dua potong ayat. Jika engkau mahu mengamalkannya, Allah akan meluaskan rezekimu untuk menjelaskan semua hutangmu, walaupun hutangmu sebesar gunung banyaknya.”
“Mahu..mahu, wahai Rasulullah,” jawab Saydina bersungguh-sungguh.
Rasulullah s.a.w. pun membacakan dua ayat al-Quran dari Surah Ali Imran iaitu ayat 26-ayat 27. Sayidina Muaz mendengarnya dengan cermat dan teliti, sebelum ikut membacanya semula. Selepas itu dia terus mengamalkannya dua potong ayat yang banyak khasiatnya itu. Sehingga Saydina Muaz menjadikan ayat tersebut sebagai wirid hariannya.
قُلِ ٱللَّهُمَّ مَـٰلِكَ ٱلۡمُلۡكِ تُؤۡتِى ٱلۡمُلۡكَ مَن تَشَآءُ وَتَنزِعُ ٱلۡمُلۡكَ مِمَّن تَشَآءُ وَتُعِزُّ مَن تَشَآءُ وَتُذِلُّ مَن تَشَآءُۖ بِيَدِكَ ٱلۡخَيۡرُۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ۬ قَدِيرٌ۬
تُولِجُ ٱلَّيۡلَ فِى ٱلنَّهَارِ وَتُولِجُ ٱلنَّهَارَ فِى ٱلَّيۡلِۖ وَتُخۡرِجُ ٱلۡحَىَّ مِنَ ٱلۡمَيِّتِ وَتُخۡرِجُ ٱلۡمَيِّتَ مِنَ ٱلۡحَىِّۖ وَتَرۡزُقُ مَن تَشَآءُ بِغَيۡرِ حِسَابٍ۬
Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
“Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya”
Berkat daripada kata-kata Rasulullah tersebut, akhirnya Sayidina Muaz telah menjadi orang yang berjaya dan maju dalam bidang perkerjaannya. Dengan jayanya itu membolehkan ia melunaskan semua hutangnya







0 comments:
Post a Comment